Wednesday, September 30, 2009

GANOTERAPI

Adalah satu kaedah penjagaan kesihatan menggunakan Ganoderma yang dikategorikan sebagai ilmu perubatan holistik. Prinsip Ganoterapi adalah ' tubuh kita merupakan doktor yang terbaik'. Badan manusia sebenarnya mampu mengatasi segala gangguan kesihatan sekiranya sistem badan berfungsi dengan baik terutamanya sistem pertahanan badan.Penyakit kronik disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi badan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu menghidap sesuatu jenis penyakit. Bagaimanapun dalam Ganoterapi, ianya hanya tergolong kepada 2 faktor sahaja:

  1. Adanya racun yang memasuki badan kita.
  2. Sistem badan tidak seimbang atau tidak berfungsi dengan sepatutnya.

RACUN YANG MEMASUKI BADAN KITA

  1. Racun yang dimaksudkan adalah apa-apa bahan yang tidak diingini atau berlebihan tetapi ia berada di dalam tubuh kita.
  2. Contoh bahan tidak diingini adalah seperti bahan kimia berbahaya, virus, bakteria, kuman dan sebagainya. Sekiranya ia berada dalam badan kita, kita akan menghidap penyakit.
  3. Contoh bahan yang berlebihan ialah gula dan kolesterol. Kita perlukan gula untuk tenaga. Jika pengambilan berlebihan kita boleh mendapat penyakit kencing manis. Kita perlukan kolesterol untuk perkembangan otak. Jika kolesterol berlebihan ianya akan menyumbatkan saluran darah dan mengakibatkan masalah tekanan darah, bebanan jantung dan penyakit jantung.

SISTEM BADAN TIDAK SEIMBANG ATAU TIDAK BERFUNGSI SEBAGAIMANA SEPATUTNYA

  1. Badan kita mempunyai sistem dan mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.
  2. Sistem peredaran darah menghubungkan antara satu organ ke satu organ yang lain. Merupakan agen pengangkutan yang membawa oksigen, vitamin, zat, kotoran dan sebagainya.
  3. Apabila fungsi peredaran darah ini tidak berfungsi dengan sepatutnya maka timbullah gangguan pada sistem pada bahagian-bahagian tertentu.

Jadi apabila kita mahukan kesihatan kita hanya perlu buat dua perkara sahaja iaitu:-

  1. Buang keracunan dalam badan
  2. Seimbangkan fungsi badan kita

Jika kita dapat buat dua perkara ini badan kita akan sihat. Kerana itu Syarikat DXN telah mengeluarkan dua produk utama iaitu:

  1. RG untuk membuang keracunan
  2. GL untuk menyeimbang fungsi badan

RACUN DALAM BADAN

  1. Bila kita mengambil RG untuk membuang keracunan dalam badan, racun ini tidak hilang begitu sahaja dan ia memerlukan medium untuk dibuang keluar daripada badan kita.
  2. Racun yang larut air akan dibuang keluar oleh sistem pertahanan badan kita melalui air kencing, peluh, muntah, kahak dan hingus.
  3. Racun tak larut air akan dibuang keluar oleh sistem pertahanan badan kita melalui pembuangan air besar, bisul dan muntah.
  4. Simptom berkencing kerap adalah perkara biasa kerana kebanyakan racun larut air seperti urik asid, garam berlebihan, kuman, air berlebihan dalam badan akan dibuang keluar. Ada kencing yang keruh, berbau, kencing berdarah dan sebagainya.
  5. Simptom membuang air besar berkaitan dengan masalah pembuangan racun yang berlemak.

FUNGSI BADAN TIDAK SEIMBANG

  1. GL kaya dengan polisakarida merupakan elemen yang penting untuk pembinaan tubuh dan pembekalan oksigen kepada badan kita.
  2. Sebagai contoh, pankreas mengeluarkan insulin untuk menukar gula kepada bentuk tenaga. Jika pankreas tidak berfungsi dengan sepatutnya atau lemah, ia tidak dapat menukar gula yang kita ambil dan mengakibatkan gula berlebihan dalam badan dan mendatangkan penyakit kencing manis. Juga memberikan gangguan fungsi kepada organ yang lain seperti buah pinggang dan sistem pencernaan.
  3. Pengambilan GL dapat membina kembali tisu pankreas dan seterusnya pankreas dapat berfungsi dengan optimum.
  4. Mengapa ada organ badan yang tidak seimbang?
  5. Ia mungkin disebabkan kecederaan, kerosakan tisu sel dan organ badan telah bekerja dengan lebih daripada kemampuannya. Bila ini berlaku organ akan mula tidak berfungsi dengan efisien.

No comments:

Post a Comment