Wednesday, September 30, 2009

GANOTERAPI

Adalah satu kaedah penjagaan kesihatan menggunakan Ganoderma yang dikategorikan sebagai ilmu perubatan holistik. Prinsip Ganoterapi adalah ' tubuh kita merupakan doktor yang terbaik'. Badan manusia sebenarnya mampu mengatasi segala gangguan kesihatan sekiranya sistem badan berfungsi dengan baik terutamanya sistem pertahanan badan.Penyakit kronik disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi badan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu menghidap sesuatu jenis penyakit. Bagaimanapun dalam Ganoterapi, ianya hanya tergolong kepada 2 faktor sahaja:

  1. Adanya racun yang memasuki badan kita.
  2. Sistem badan tidak seimbang atau tidak berfungsi dengan sepatutnya.

RACUN YANG MEMASUKI BADAN KITA

  1. Racun yang dimaksudkan adalah apa-apa bahan yang tidak diingini atau berlebihan tetapi ia berada di dalam tubuh kita.
  2. Contoh bahan tidak diingini adalah seperti bahan kimia berbahaya, virus, bakteria, kuman dan sebagainya. Sekiranya ia berada dalam badan kita, kita akan menghidap penyakit.
  3. Contoh bahan yang berlebihan ialah gula dan kolesterol. Kita perlukan gula untuk tenaga. Jika pengambilan berlebihan kita boleh mendapat penyakit kencing manis. Kita perlukan kolesterol untuk perkembangan otak. Jika kolesterol berlebihan ianya akan menyumbatkan saluran darah dan mengakibatkan masalah tekanan darah, bebanan jantung dan penyakit jantung.

SISTEM BADAN TIDAK SEIMBANG ATAU TIDAK BERFUNGSI SEBAGAIMANA SEPATUTNYA

  1. Badan kita mempunyai sistem dan mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.
  2. Sistem peredaran darah menghubungkan antara satu organ ke satu organ yang lain. Merupakan agen pengangkutan yang membawa oksigen, vitamin, zat, kotoran dan sebagainya.
  3. Apabila fungsi peredaran darah ini tidak berfungsi dengan sepatutnya maka timbullah gangguan pada sistem pada bahagian-bahagian tertentu.

Jadi apabila kita mahukan kesihatan kita hanya perlu buat dua perkara sahaja iaitu:-

  1. Buang keracunan dalam badan
  2. Seimbangkan fungsi badan kita

Jika kita dapat buat dua perkara ini badan kita akan sihat. Kerana itu Syarikat DXN telah mengeluarkan dua produk utama iaitu:

  1. RG untuk membuang keracunan
  2. GL untuk menyeimbang fungsi badan

RACUN DALAM BADAN

  1. Bila kita mengambil RG untuk membuang keracunan dalam badan, racun ini tidak hilang begitu sahaja dan ia memerlukan medium untuk dibuang keluar daripada badan kita.
  2. Racun yang larut air akan dibuang keluar oleh sistem pertahanan badan kita melalui air kencing, peluh, muntah, kahak dan hingus.
  3. Racun tak larut air akan dibuang keluar oleh sistem pertahanan badan kita melalui pembuangan air besar, bisul dan muntah.
  4. Simptom berkencing kerap adalah perkara biasa kerana kebanyakan racun larut air seperti urik asid, garam berlebihan, kuman, air berlebihan dalam badan akan dibuang keluar. Ada kencing yang keruh, berbau, kencing berdarah dan sebagainya.
  5. Simptom membuang air besar berkaitan dengan masalah pembuangan racun yang berlemak.

FUNGSI BADAN TIDAK SEIMBANG

  1. GL kaya dengan polisakarida merupakan elemen yang penting untuk pembinaan tubuh dan pembekalan oksigen kepada badan kita.
  2. Sebagai contoh, pankreas mengeluarkan insulin untuk menukar gula kepada bentuk tenaga. Jika pankreas tidak berfungsi dengan sepatutnya atau lemah, ia tidak dapat menukar gula yang kita ambil dan mengakibatkan gula berlebihan dalam badan dan mendatangkan penyakit kencing manis. Juga memberikan gangguan fungsi kepada organ yang lain seperti buah pinggang dan sistem pencernaan.
  3. Pengambilan GL dapat membina kembali tisu pankreas dan seterusnya pankreas dapat berfungsi dengan optimum.
  4. Mengapa ada organ badan yang tidak seimbang?
  5. Ia mungkin disebabkan kecederaan, kerosakan tisu sel dan organ badan telah bekerja dengan lebih daripada kemampuannya. Bila ini berlaku organ akan mula tidak berfungsi dengan efisien.

MISELIUM GL DXN



Miselium atau GL DXN terhasil daripada Ganoderma Lucidum yang berusia 18 hari. GL kaya dengan enzim vitamin yang diperlukan oleh tubuh dengan jumlah polisakarida yang empat kali ganda lebih banyak daripada RG.

Fungsi utama GL adalah menyeimbangkan sistem tubuh dengan mengembalikan fungsi organ dan mengaktifkan semula sistem pertahanan badan. Di samping itu GL juga bermanfaat untuk:-
  1. Meningkatkan kecergasan otak (disebut tonik otak).
  2. Mencegah dan mengendalikan sel-sel barah.
  3. Memperkuatkan sistem pertahanan badan.
  4. Membantu membersihkan racun-racun dalam tubuh.
  5. Membekalkan multi vitamin dan multi mineral.
  6. Menguatkan fungsi perut dan ginjal.

HARGA

  1. Botol Kecil : RM 21.00 (30pcs)
  2. Botol Sederhana : RM 57.00 (90pcs)

Berminat Sila Hubungi:

Mohd Nazir Bin Sukaimi (019-3829201) untuk maklumat lanjut

GANODERMA RG DXN



Ganoderma atau RG adalah 100% ekstrak Ganoderma Lucidum yang diproses melalui kaedah pengeringan dingin dan pemisahan serat menggunakan teknik yang tertentu. Ganoderma RG ini mengandungi lebih daripada 200 elemen aktif. Beberapa elemen tersebut adalah seperti berikut:

Polisakarida
  1. Memperkuatkan sistem pertahanan semulajadi badan
  2. Mencegah pertumbuhan sel yang tidak normal
  3. Membantu mengurangkan kadar gula dan memelihara fungsi pankreas
  4. Mencegah kerosakan sel-sel tisu badan
  5. Menguatkan membran sel
  6. Menambah jumlah oksigen yang dibawa oleh sel darah merah

Adenosin

  1. Menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam darah
  2. Menurunkan kadar lipid darah dan menstabilkan membran sel darah merah
  3. Menurunkan kadar penggumpalan darah dan mencegah trombogenesis
  4. Memperbaiki fungsi kelenjar adrenalin yang menjaga keseimbangan endokrin
  5. Menyeimbangkan metabolisma keremajaan dan memberi lebih tenaga
  6. Menyeimbang pH darah

Triterpenoid

  1. Meningkatkan sistem pencernaan
  2. Mencegah alahan yang disebabkan oleh antigen
  3. Mengurangkan kolesterol dan menstabilkan lemak dalam tubuh
  4. Mengaktifkan sel utama dalam tubuh

Sari Ganoderik

  1. Membantu memulihkan masalah kulit
  2. Meremajakan, mencantikkan dan menghaluskan kulit
  3. Menghentikan pendarahan

Dengan zat-zat penting yang terkandung di dalam Ganoderma RG ini, maka boleh disimpulkan bahawa banyak manfaat dan faedah yang diperolehi untuk kesihatan tubuh kita. Bagaimanapun, fungsi yang paling baik sekali adalah RG dapat membuang racun yang ada di dalam tubuh.

HARGA

  1. Botol Kecil : RM 30.00 (30pcs)
  2. Botol Besar : RM 81.00 (90pcs)

Berminat Sila Hubungi :

Mohd Nazir Bin Sukaimi ( 019-3829201) untuk maklumat lanjut














GANODERMA LUCIDUM


Ganoderma Lucidum adalah sejenis cendawan atau kulat yang menduduki kelas yang tertinggi dalam kumpulan fungi. Digelar 'Raja Herba' atas keberkesanannya meningkatkan kesihatan keseluruhan, meningkatkan stamina dan awet muda.


Penyelidikan perubatan terkini membuktikan ganoderma boleh membantu menyeimbangkan pelbagai fungsi organ badan. Terdapat lebih daripada 200 spesis tetapi hanya 6 sahaja mempunyai kesan dalam bidang perubatan iaitu Gano Ruyi, Gano Hati, Gano Kimshen, Gano Merak, Gano Jantung dan Gano Otak. 6 spesis ini mempunyai kesan rawatan yang tersendiri.


Ganoderma ini mengandungi lebih daripada 200 elemen aktif dikategorikan sebagai larut air, tak larut air dan elemen volatail.

Thursday, September 10, 2009

ROMATDHON DATANG LAGI


Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh!

Ahlan wasahlan, Ya Romadthon!

Bersyukur kita ke hadrat Allah yang maha Esa. Dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dipanjangkan usia bertemu dengan bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman. Bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan keselamatan dari azab api neraka.

Seharusnya kita selaku hambanya mengambil kesempatan untuk beribadat sempena pesta pahala yang allah kurniakan kepada kita. Berpuasalah dengan puasa khusus bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Saya rasa belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan tingkatkanlah iman dan taqwa kita. Lakukan ibadah di bulan romadthon sebagaimana yang dituntut oleh agama dan tinggalkanlah yang bukan dituntut oleh agama Islam.

Saya sebenarnya masih kesal kerana masih terdapat kejadian kecelakaan bermain mercun dan bunga api yang dipaparkan di media massa walaupun pengharamannya telah lama dikuatkuasakan. Harap-harap ibu bapa abang kakak, tengok-tengoklah adik-adik kita. Jangan galakkan bermain mercun dan bunga api.

Bazar romadthon di Pekan Meru boleh tahan, tiap-tiap petang ramai orang. Juadah pun pelbagai. Kalau bawak kereta memang menangislah. Kat area Jalan Meru, Jln Kopi, Jln Nenas, Jln Jambu, Bukit Kapar, Jln Iskandar pun sama. Tapi bila buka puasa tu agak-agaklah ye..

Saya setiap malam solat tarawikh kat Surau Mokhri di Tmn Sri Cerakah. Wak Kang selalu jadi imam. Tahun ni Zakat Fitrah di Selangor RM 7.00. Dah bayar dengan Amil Hj Zahari, amil kat surau situ.

Kepada rakan-rakan di luar sana tu, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan berlumba-lumbalah melakukan amal kebajikan di bulan ini dan carilah malam LailatulQadar pada 10 malam terakhir. Kepada adik-adik jangan main mercun ye!!! Jaga diri hiasi peribadi.

Wassalam.