Thursday, September 10, 2009

ROMATDHON DATANG LAGI


Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh!

Ahlan wasahlan, Ya Romadthon!

Bersyukur kita ke hadrat Allah yang maha Esa. Dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dipanjangkan usia bertemu dengan bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman. Bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan keselamatan dari azab api neraka.

Seharusnya kita selaku hambanya mengambil kesempatan untuk beribadat sempena pesta pahala yang allah kurniakan kepada kita. Berpuasalah dengan puasa khusus bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Saya rasa belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan tingkatkanlah iman dan taqwa kita. Lakukan ibadah di bulan romadthon sebagaimana yang dituntut oleh agama dan tinggalkanlah yang bukan dituntut oleh agama Islam.

Saya sebenarnya masih kesal kerana masih terdapat kejadian kecelakaan bermain mercun dan bunga api yang dipaparkan di media massa walaupun pengharamannya telah lama dikuatkuasakan. Harap-harap ibu bapa abang kakak, tengok-tengoklah adik-adik kita. Jangan galakkan bermain mercun dan bunga api.

Bazar romadthon di Pekan Meru boleh tahan, tiap-tiap petang ramai orang. Juadah pun pelbagai. Kalau bawak kereta memang menangislah. Kat area Jalan Meru, Jln Kopi, Jln Nenas, Jln Jambu, Bukit Kapar, Jln Iskandar pun sama. Tapi bila buka puasa tu agak-agaklah ye..

Saya setiap malam solat tarawikh kat Surau Mokhri di Tmn Sri Cerakah. Wak Kang selalu jadi imam. Tahun ni Zakat Fitrah di Selangor RM 7.00. Dah bayar dengan Amil Hj Zahari, amil kat surau situ.

Kepada rakan-rakan di luar sana tu, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan berlumba-lumbalah melakukan amal kebajikan di bulan ini dan carilah malam LailatulQadar pada 10 malam terakhir. Kepada adik-adik jangan main mercun ye!!! Jaga diri hiasi peribadi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment